Selamat Sejahtera dan
Salam 1 Malaysia,
Alhamdulillah, syukur ke
hadrat Allah S.W.T kerana tahun 2012 telah selamat ditempuh dengan
prestasi yang membangkitkan semangat dan inspirasi untuk kita terus
bergerak dengan lebih cemerlang dan gemilang pada tahun
2013.
Bagi pihak warga
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pihak. Semoga
tahun 2013 akan menjadi lebih produktif dengan percikan kejayaan demi
kejayaan yang membanggakan dalam menjadikan Malaysia lebih berdaya saing
di peringkat antarabangsa dalam usaha merealisasikan aspirasi Negara
menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMKe-10) yang bermula pada tahun 2011 diteruskan
pelaksanaannya pada tahun 2013 oleh PSMB berdasarkan kepercayaan yang
diberikan oleh Kerajaan kepada Kementerian Sumber Manusia
dalam melaksanakan beberapa agenda besar negara untuk membantu
mentransformasikan Malaysia dengan menyumbang kepada peningkatan jumlah
tenaga mahir dalam negara dari paras semasa sebanyak 28% kepada 50%
pada 2020. Malah, tahun 2013 akan menyaksikan fokus utama diberikan
kepada program berbentuk upskilling, reskilling, cross-skilling, high
and technical-based programmes dengan kadar bantuan kewangan diberikan
sebanyak 110% dalam usaha HRDF menyokong aspirasi
Kerajaan.
PSMB akan meneruskan
dengan peluasan skop liputan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad,
2001 pada tahun 2013 bagi meliputi lebih ramai pekerja untuk
menggalakkan latihan semula dan peningkatan kemahiran di kalangan
pekerja bagi melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia (world class) yang
berpengetahuan, mahir dan berkeupayaan serta mampu meningkatkan daya
saing negara dalam pasaran ekonomi
global.
Usaha untuk membantu
pelajar lepasan sekolah atau mereka yang tercicir dari aliran pendidikan
akan diteruskan pada tahun ini berdasarkan peruntukan sebanyak RM50
juta di bawah RMKe-10 bagi tempoh lima (5) tahun untuk melatih 8,000
perantis. Sebanyak empat (4) Skim Perantisan PSMB yang baru telah
dibangunkan iaitu Electrical Technician, Information Technology
Technician, Quality Assurance Technician dan Welding selain Skim
Perantisan sedia ada seperti Mechatronic, Plastic Injection Moulding,
Tool & Die (Press Tool), Tool & Die (Mould), Hotel
Industry, Industrial Sewing Machine Technician, Wood Based (Furniture)
dan Multimodal Transport Operator. Tahap pentauliahan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) bagi skim yang bertujuan untuk membekalkan industri
dengan pekerja mahir ini juga telah dinaikkan dari Tahap 1 dan
2 kepada Tahap 3 bagi membolehkan mereka mendapat gaji yang
lebih tinggi.
Sejumlah RM50 juta yang telah diperuntukkan di
bawah RMKe-10 bagi pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan
peningkatan kemahiran pekerja Enterpris Kecil Sederhana (EKS) bagi
membantu majikan EKS dengan aktiviti latihan mereka juga akan diteruskan
seperti yang telah direncanakan.
Program Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu (Recognition of Prior Learning) yang bertujuan
mengiktiraf pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, di samping
menggalak dan memberi ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat di
kalangan tenaga pekerja akan diperhebatkan lagi dengan tambahan
peruntukan khas berjumlah RM3 juta selain daripada RM1 juta yang
diluluskan sebelum ini oleh pihak Lembaga PSMB. PSMB mensasar seramai
10,000 pekerja setahun akan mendapat manfaat di bawah program ini yang
dijangka dapat meningkatkan prospek kemajuan kerjaya tenaga kerja dengan
menganugerahkan SKM kepada pekerja yang memperoleh pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak mempunyai latihan
formal.
PSMB juga telah menjalin
hubungan dengan universiti, kolej dan pusat latihan untuk menjalankan
latihan bagi meningkatkan kemahiran pekerja Malaysia. Antara universiti
dan kolej yang terlibat adalah Open University Malaysia (OUM), Asia
e-University (AeU), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), SEGi
University College, Cosmopoint International College University dan
Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILPJTM).
Mulai 2013, PSMB juga
akan bekerjasama dengan politeknik-politeknik di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi bagi menawarkan program modular. Selain daripada
universiti tempatan, PSMB juga menjalankan kursus Kepimpinan dengan
kolaborasi universiti antarabangsa seperti University of Cambridge,
Oxford University, Cranfield University dan Cheung Kong Graduate School
of Business, China. PSMB akan menganjurkan lebih banyak HRDF Senior
Management Development Programme pada 2013 bagi meningkatkan tahap
kemahiran dan kepimpinan pihak pengurusan tinggi majikan berdaftar.
PSMB dengan kerjasama
SME Corp. juga menawarkan program SME@University bagi membantu usahawan
PKS meningkatkan kemahiran dalam bidang pengurusan. Universiti yang
terlibat adalah Universiti Kebangsan Malaysia (UKM), Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
PSMB menerusi Pusat
Sumber Manusia Kebangsaan (National Human Resource Centre-NHRC) yang
ditubuhkan pada 1 Ogos 2011 akan meneruskan peranan sebagai Jabatan
Sumber Manusia kepada penubuhan dan enterpris kecil sederhana (EKS) di
Malaysia berlandaskan Bab 5, Bahagian Akhir, Model Baru Ekonomi (MBE)
melalui Sistem Pembangunan Modal Insan Menyeluruh (Total Human Capital
Development System-THCDS) dalam usaha untuk menjadi daya penggerak dalam
pembangunan latihan.
PSMB juga ada
menyediakan kemudahan e-library yang mengandungi e-books dan audio books
yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan pembangunan dan
latihan kepada majikan dan penyedia latihan berdaftar. sebagai salah
satu nilai ditambah kepada mereka.
Selain itu, PSMB juga
telah berjaya mendapatkan pembaharuan persijilan 5S ataupun Quality
Environment (QE) pada tahun 2012 selain memenangi pingat emas dan 3
bintang serta berada dalam 10 anak tangga teratas dari lebih 100
penyertaan dalam pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif
Kebangsaan yang berlangsung pada 15 Oktober 2012 di Kuala Lumpur
Convention Centre. Usaha giat akan diteruskan dan dipertingkatkan untuk
mendapatkan Anugerah Perdana Menteri pula dalam tempoh lima tahun akan
datang. Tanggungjawab yang diamanahkan akan terus dilaksanakan sebaik
mungkin dalam meneraju pelbagai aspek berkaitan latihan dan pembangunan
modal insan.
Saya menyeru kepada
semua untuk sama-sama menyokong dan menyumbang bagi merealisasi visi
negara kerana tenaga kerja mahir sememangnya amat penting dalam menjamin
kemajuan sesebuah negara yang sedang membangun. Akhir kata,
“Selamat Tahun Baru 2013” kepada semua. Semoga tahun 2013 akan membawa
lebih banyak kejayaan kepada kita
semua!
“HRDF – SHAPING PEOPLE” “Pekerja Berinovatif
Penggerak Transformasi”
Yang
ikhlas,
(
AMIRNUDDIN BIN MAZLAN ) Ketua
Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia
Berhad |