|
PROSEDUR PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
1.0 Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Bagi Permohonan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan.
1.1 Terma-terma dan syarat-syarat Bagi permohonan dan pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan di bawah Kategori A ,B ,B(H/O) dan C adalah seperti di Jadual 1 :
JADUAL 1 TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN MENGIKUT KATEGORI
|
BIL |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN |
KATEGORI
|
|
A |
B |
B(H/O) |
C |
|
1. |
Borang Permohonan |
Borang PSMB/TP/1/09 |
Borang PSMB/TP/1/09 |
Borang PSMB/TP/1/09 |
Borang PSMB/TP/1/10 |
|
2. |
Yuran Pendaftaran |
-Ibu Pejabat - RM1,300
-Cawangan – RM 700 setiap cawangan |
RM800
|
RM800
|
RM100 |
|
3. |
Yuran Pembaharuan |
-Ibu Pejabat – RM1,300
- Cawangan – RM 200 |
RM800 |
RM800 |
RM100 |
|
4. |
Penalti Pembaharuan Sijil Lewat |
RM600 |
RM350 |
RM350 |
-Tiada- |
|
5. |
Pendaftaran Syarikat |
Berdaftar atau diperbadankan di Malaysia di bawah pendaftaran syarikat atau pendaftaran persatuan atau pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
|
Berdaftar atau diperbadankan di Malaysia di bawah pendaftaran syarikat atau pendaftaran persatuan atau pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia |
Berdaftar atau diperbadankan di Malaysia di bawah pendaftaran syarikat atau pendaftaran persatuan atau pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia |
Berdaftar atau diperbadankan di Malaysia di bawah pendaftaran syarikat atau pendaftaran persatuan atau pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia |
|
6. |
Pejabat |
Mempunyai pejabat tetap
|
Mempunyai pejabat tetap
|
Mempunyai alamat tetap
kediaman |
Mempunyai alamat tetap
kediaman |
|
7. |
Bilik Latihan |
-Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) bilik latihan / makmal komputer / bengkel dan lain-lain kemudahan latihan.
-Kel-Keuasan bilik latihan adalah 35 meter persegi.
-Ke-Kerusi lipat tidak dibenarkan
|
Tiada bilik latihan / makmal komputer / bengkel diperlukan. |
Tiada bilik latihan / makmal komputer / bengkel. diperlukan. |
Tiada bilik latihan / makmal komputer / bengkel. diperlukan. |
|
8. |
Tenaga Pengajar |
sekurang-kurangnya dua (2) pengajar tetap tempatan.
|
sekurang-kurangnya seorang (1) pengajar tetap tempatan. |
seorang (1) pengajar tetap tempatan. |
Trainer / Associate jurulatih mesti mempunyai TTT |
|
9. |
Kakitangan Sokongan |
Kakitangan sokongan yang mencukupi
|
kakitangan sokongan yang mencukupi |
Tiada kakitangan sokongan diperlukan |
Tiada kakitangan sokongan diperlukan |
|
10. |
Pengalaman Syarikat |
Pernah melaksanakan latihan dalaman / program latihan secara umum sekurang-kurangnya satu (1) tahun |
Pernah melaksanakan latihan dalaman / program latihan secara umum sekurang-kurangnya satu (1) tahun |
Pernah melaksanakan latihan dalaman / program latihan secara umum sekurang-kurangnya satu (1) tahun
|
Apabila pendaftaran dengan SSM
|
|
11. |
Train- The Trainer |
Tenaga pengajar telah memiliki sijil Train-The-Trainer atau mendapat surat pengecualian semasa pendaftaran atau dalam tempoh satu tahun daripada tarikh pendaftaran. |
Tenaga pengajar telah memiliki sijil Train-The-Trainer atau mendapat surat pengecualian semasa pendaftaran atau dalam tempoh satu tahun daripada tarikh pendaftaran. |
Tenaga pengajar telah memiliki sijil Train-The-Trainer atau mendapat surat pengecualian semasa pendaftaran atau dalam tempoh satu tahun daripada tarikh pendaftaran. |
Pemilik dan tenaga pengajar sambilan telah memiliki sijil Train-The-Trainer . |
|
12. |
HRD Portal |
Mendaftarkan program dibawah HRD Portal |
Mendaftarkan program dibawah HRD Portal |
Mendaftarkan program dibawah HRD Portal |
Tidak layak |
|
13. |
Skim Latihan Yang Dibenarkan |
Skim PERLA / PROLUS (termasuk E-Learning) / SBL-Khas / SBL / Perantisan |
Menawarkan program-program “soft skils sahaja dibawah SBL-Khas / SBL |
Menawarkan program-program “soft skils sahaja dibawah SBL-Khas / SBL |
Menawarkan program-program “soft skils sahaja dibawah skim SBL sahaja |
|
14. |
Premis Latihan |
-Skim Perantisan :
-Premis sendiri yang diluluskan oleh PSMB – Program Umum sahaja
-PROLUS/PERLA/SBL/ SBL Khas :
-Premis-premis majikan bagi latihan dalaman
-Hotel yang mempunyai kemudahan latihan bagi latihan dalaman/latihan umum.
-Premis yang disewa dan mempunyai kemudahan latihan - program dalaman dan umum. |
PROLUS (Peringkat sijil kehadiran-untuk program "soft -skills" sahaja [berasaskan pengetahuan] )
-Hotel dan sewa tempat latihan.
SBL/SBL-Khas
-Premis-premis majikan – program dalaman sahaja.
-Hotel yang mempunyai kemudahan latihan bagi program latihan dalaman / latihan umum.
|
SBL/SBL- KHAS
-Premis-premis majikan – program dalaman sahaja.
-Hotel yang mempunyai kemudahan latihan bagi program latihan dalaman / latihan umum.
|
SBL
-Premis-premis majikan – program dalaman sahaja.
-Hotel yang mempunyai kemudahan latihan bagi program latihan dalaman / latihan umum.
|
1.2 Berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang dihantar dan pengesahan pemeriksaan fisikal, Urusetia PSMB akan memperakukan dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran bagi Kategori A , B , B(H/O) dan C kepada penyedia-penyedia latihan yang berkenaan. Sijil-sijil akan dikawal melalui nombor siri ‘numeric’. Penyelia-penyelia latihan yang berhasrat untuk memperbaharui sijil pendaftaran mesti menggunakan nombor siri yang sama.
1.3 PSMB berhak untuk melulus atau menolak permohonan-permohonan penyedia-penyedia latihan berdasarkan rekod-rekod yang terdahulu.
2.0 Pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Secara Online Oleh Penyedia Latihan
Bagi pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan secara online, semua penyedia latihan hendaklah memastikan bahawa mereka mempunyai akses internet dan menggunakan ID Pengguna dan katalaluan yang dibekalkan sebelum ini.
2.1 Pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan mestilah dibuat secara online dan yuran pemprosesan adalah seperti berikut :
a) RM1,300 untuk Kategori A;
b) RM800 untuk Kategori B;
c) RM 800 untuk Kategori B(H/O); dan
d) RM 100 untuk Kategori C
2.2 PSMB akan menghantar surat peringatan kepada semua penyedia latihan untuk memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil-sijil pendaftaran mereka tersebut. Surat peringatan kedua akan dihantar kepada mereka sebaik sahaja tarikh tamat tempoh tersebut. Sila abaikan notis peringatan tersebut sekiranya penyedia latihan telah membuat bayaran/pembaharuan sijil pendaftaran penyedia latihan.
2.3 Jika penyedia latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tamat tempoh sijil tersebut, mereka dikehendaki membayar denda sebanyak RM600 bagi Kategori A , RM350 bagi Kategori B dan B(H/O). Selepas 6 bulan daripada tarikh luput Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan, PSMB secara automatik akan membatalkan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan tersebut. Walau bagaimanapun, jika penyedia latihan gagal memperbaharui sijil mereka selepas 6 bulan daripada tarikh tamat sijil, PSMB akan membatalkan sijil mereka tanpa sebarang notis. Mereka boleh membuat rayuan untuk mendaftarkan semula dengan PSMB selepas 1 tahun tarikh tamat Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan.
2.4 Bayaran yuran untuk memperbaharui sijil secara on-line boleh dibuat melalui mana-mana cawangan Public Bank Berhad atas nama Pembangunan Sumber Manusia Berhad melalui akaun No. 3-99906000-3 dengan menggunakan dua (2) salinan slip pembayaran seperti yang dinyatakan di Lampiran F.
3.0 Penukaran Nama Syarikat Dan Premis Latihan Bagi Ibu Pejabat Dan Cawangan
3.1 Semua penyedia latihan mesti memaklumkan PSMB mengenai sebarang perubahan seperti berikut:
a) Perubahan nama syarikat
Perubahan nama syarikat mestilah dibuat secara online bersama dengan yuran pemprosesan RM1,000; dan
b) Perubahan premis latihan di peringkat ibu pejabat/ cawangan
Tiada sebarang yuran perpindahan akan dikenakan kepada penyedia latihan yang berhasrat untuk memindahkan premis mereka. Bayaran yuran perpindahan sebanyak RM 1,000 untuk Ibupejabat dan RM 700 untuk setiap cawangan akan hanya dikenakan kepada penyedia latihan yang memindahkan premis mereka kurang dari satu (1) tahun berdaftar atau dari tarikh terakhir perpindahan.
4.0 Perlantikan Pegawai-Pegawai Yang Diberi Kuasa Untuk Menandatangani Borang Tuntutan Dan Dokumen Tuntutan Yang Berkaitan Oleh Penyedia Latihan
4.1 Hanya Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan Pengurus Pusat Latihan diberi kuasa untuk menandatangi borang-borang tuntutan dan dokumen-dokumen yang berkaitan di bawah skim-skim Perla/SBL Khas dan Perantisan atau lain-lain skim, yang melibatkan penyedia latihan yang membuat tuntutan secara terus kepada PSMB.
4.2 Penyedia-penyedia latihan dikehendaki untuk mengemukakan senarai nama dan contoh tandatangan Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan Pengurus-pengurus pusat latihan (sila gunakan borang PSMB/TP/SST/06.). Borang yang telah diisi mestilah dihantar ke alamat berikut:
Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad Wisma PSMB, Jalan Beringin Damansara Height, 50490 Kuala Lumpur (u.p.: Pengurus Besar, Bahagian Kewangan)
4.3 Mana-mana penyedia latihan yang gagal memenuhi syarat tersebut akan menyebabkan permohonan mereka ditolak. Borang tuntutan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa akan juga menyebabkan permohonan tuntutan ditolak. Penyedia-penyedia latihan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada PSMB mengenai sebarang perubahan terhadap senarai tandatangan pegawai yang diberi kuasa dengan menggunakan borang sama.
5.0 Tanggungjawab Penyedia
5.1 Tanggungjawab Penyedia Latihan di bawah Kategori A
a) Adalah menjadi tanggungjawab Penyedia latihan untuk mengagihkan borang PSMB/PRO/T/06 dan senarai kehadiran pelatih dengan menggunakan borang PSMB/PRO/4/06 kepada pelatih-pelatih yang berkenaan pada hari terakhir program latihan tersebut.
b) Semua penyedia latihan perlu memastikan semua pelatih yang menghadiri program latihan di bawah Skim PROLUS mengisi borang penilaian PSMB/PRO/E/06 bagi membolehkan mereka menilai keberkesanan program latihan tersebut. Semua borang penilaian hendaklah dikutip semula daripada pelatih-pelatih dan disimpan dengan teratur untuk dihantar kepada PSMB dalam bulan Januari dan Julai setiap tahun.
c) Semua penyedia latihan perlu bersedia untuk menerima sebarang pemeriksaan oleh Pegawai Unit Naziran PSMB dari semasa ke semasa.
d) Selain daripada tanggungjawab penyedia latihan yang dinyatakan dalam Kit Maklumat PROLUS, setiap penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB mesti bertindak secara profesional dan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada majikan-majikan.
e) PSMB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana penyedia latihan yang melanggar terma dan syarat PSMB. PSMB memandang berat terhadap perkara ini. Pada masa lalu, penyedia latihan telah disenaraihitamkan dan sijil pendaftaran latihan mereka telah dibatalkan akibat daripada kelakuan yang tidak bertanggungjawab.
f) Semua penyedia latihan mesti memaklumkan kepada PSMB jika berlaku sebarang pertukaran premis, pertukaran nama dan penubuhan cawangan-cawangan baru.
5.2 Tanggungjawab Penyedia Latihan Di bawah Kategori B dan B(H/O)
a) Semua penyedia latihan yang berdaftar di bawah kategori ini dibenarkan untuk menawarkan program-program latihan di bawah skim SBL, SBL- Khas dan PLT kepada majikan-majikan. Di bawah skim tersebut, semua penyedia latihan perlu mendapatkan pelan latihan tahunan daripada pihak majikan sebelum latihan bermula. Perkara ini adalah penting untuk mengelakkan tuntutan majikan ditolak.
b) Penyedia-penyedia latihan perlu memastikan yuran latihan tidak melebihi RM 3,500 sehari di bawah skim SBL atau PLT dan RM4,500 sehari dibawah skim SBL-Khas.
c) Penyedia-penyedia latihan perlu memaklumkan kepada urusetia PSMB jika berlaku sebarang pertukaran premis atau pertukaran nama.
5.3 Tanggungjawab Penyedia Latihan Di bawah Kategori C
a) Semua penyedia latihan yang berdaftar di bawah kategori ini dibenarkan untuk menawarkan program-program latihan di bawah skim SBL sahaja.
b) Penyedia-penyedia latihan perlu memastikan yuran latihan tidak melebihi RM 3,500 sehari di bawah skim SBL.
c) Penyedia-penyedia latihan perlu memaklumkan kepada urusetia PSMB jika berlaku sebarang pertukaran premis atau pertukaran nama.
5.4 Penggunaan Logo PSMB
a) Penyedia Latihan boleh memohon untuk menggunakan Logo PSMB bagi tujuan mempromosikan program-program latihan di bawah Skim-skim PROLUS, PERLA dan SBL-Khas melalui media-media seperti berikut:-
-Media cetak (melainkan poster-poster atau iklan-iklan yang ditampal pada sebarang kenderaan atau kenderaan awam) ;
-Radio;
-Televisyen, video, CD ROM termasuk multimedia dan
-Internet serta laman web.
b) Setelah diluluskan, penyedia-penyedia latihan dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan PSMB bagi penggunaan Logo PSMB. Walau bagaimanapun, penyedia-penyedia latihan adalah diberi peringatan keras untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang mengelirukan dalam urusan pengiklanan mereka seperti ‘SBL Sebelum Diluluskan’ atau ‘SBL Telah Diluluskan’ kerana kenyataan-kenyataan tersebut boleh mengelirukan majikan untuk melatih pekerja-pekerja mereka tanpa memohon kelulusan terlebih dahulu
|