Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2011
  • Public Holiday
      Follow us on :


      Web Statistics :

      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    SBL
    Portlet Menu
    Skim SBL
    Summary: Program/kursus di bawah Skim SBL mesti mendapat kelulusan daripada Urusetia PSMB terlebih dahulu.



    SKIM SBL

     

     

     

    Program/kursus di bawah Skim SBL mesti mendapat kelulusan daripada Urusetia PSMB terlebih dahulu. Di bawah skim ini, majikan boleh mengenalpasti keperluan latihan mereka dan melaksanakan program-program untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja mereka selaras dengan keperluan operasi dan perniagaan.

     

    Latihan boleh dijalankan di tempat kerja atau di luar tempat kerja atau kombinasi kedua-duanya sekali untuk memenuhi keperluan syarikat. Program latihan boleh dilaksanakan oleh tenaga pengajar dalaman, pengajar luar atau tenaga pengajar luar negeri sekiranya kepakaran dalam sesuatu bidang yang diperlukan tidak dapat diperolehi dalam negeri. Untuk layak mendapat geran latihan, program latihan mestilah berstruktur dan mempunyai:-

    • Objektif latihan yang khusus.
    • Aktiviti latihan atau rancangan pembelajaran yang spesifik.
    • Dipandukan oleh pengajar/ jurulatih yang berkelayakan.
    • Penilaian untuk menentukan tahap pencapaian objektif latihan.

    BAGAIMANA MEMOHON

    • Isikan borang PSMB/PGL/1/09 atau login melalui sistem EIS (Employer Information System)
    • Lampirkan dokumen sokongan:

    i)Sebutharga yuran;

    ii)Biodata pengajar;

    iii)Kandungan kursus; dan

    iv)Lain-lain dokumen berkaitan, jika berkenaan.

    • Kemukakan borang yang lengkap kepada PSMB sebelum kursus bermula. (Borang permohonan mesti diterima oleh pihak PSMB sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum latihan bermula).
    • Surat kelulusan, kuiri atau penolakan akan dikeluarkan oleh pihak PSMB dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

    CARA MEMBUAT TUNTUTAN

    i)Resit;

    ii)Baucer bayaran; dan

    iii)Lain-lain dokumen, jika berkaitan.

    • Kemukakan borang tuntutan lengkap kepada PSMB setelah tamat latihan  untuk urusan pembayaran geran latihan.

    Nota:Salinan dokumen perlu disahkan mengikut format PSMB.

    Quickr Viewer
    Portlet Menu
    JenisTajukKeteranganMuat Turun
    Skim SBL (Bahasa Melayu Version)Skim SBL (Bahasa Melayu Version)
    Skim SBL (English Version)Skim SBL (English Version)