|
SKIM SBL-KHAS

Di bawah Skim SBL-KHAS, majikan tidak perlu membayar yuran latihan kepada penyedia latihan. Yuran latihan akan dibayar oleh PSMB kepada penyedia latihan bagi pihak majikan berasaskan tuntutan penyedia latihan selepas latihan tamat. PSMB akan menolak bayaran yuran ini daripada baki levi majikan. Bagi tuntutan elaun harian yang melibatkan makan, penginapan dan perjalanan darat termasuk tambang kapal terbang (jika berkenaan), pihak majikan perlu mengemukakan tuntutan kepada PSMB berdasarkan garis panduan yang sedia ada. Tuntutan hendaklah dikemukakan selepas latihan tamat.
Program latihan yang layak ditawarkan di bawah skim ini adalah program luaran (public programmes) dan program dalaman (in-house) yang dikendalikan oleh penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB. Permohonan geran latihan yang dibuat oleh majikan bagi program-program latihan yang tidak didaftarkan atau yang dikendalikan oleh penyedia-penyelia latihan yang tidak berdaftar di bawah skim ini akan ditolak.
Bagi memenuhi keperluan majikan yang ingin membuat latihan secara dalaman, kandungan kursus boleh diubahsuai dan diolah mengikut kesesuaian dan keperluan majikan dan perubahan yang dibuat tidak boleh melebihi 50% daripada kandungan asal kursus yang telah didaftarkan.
Di bawah skim ini, permohonan hendaklah dikemukakan kepada PSMB sebelum latihan bermula dan PSMB juga perlu dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada jadual latihan sebelum latihan bermula.
BAGAIMANA MEMOHON
a)Login ke Sistem Maklumat Majikan (EIS).
b)Lampirkan dokumen sokongan dalam bentuk 'softcopy' seperti berikut:-
i)Sebutharga Yuran;
ii)Biodata Pengajar;
iii)Kandungan Kursus; dan
iv)Lain-lain dokumen berkaitan, jika berkenaan.
c)Kemukakan borang online yang lengkap bersama dengan dokumen di atas kepada PSMB sebelum kursus bermula.
CARA MEMBUAT TUNTUTAN (PENYEDIA LATIHAN)
a)Penyedia latihan perlu mengisi borang PSMB/SBL-KHAS/T2/09 dan PSMB/SBL-KHAS/T3/01
b)Lampirkan inbois yang berkaitan.
CARA MEMBUAT TUNTUTAN (MAJIKAN)
a)Majikan perlu mengisi borang PSMB/T/1/09 atau login ke Sistem Maklumat Majikan (EIS)
b)Kemukakan borang senarai kehadiran PSMB/SBL-KHAS/T3/01 yang disahkan oleh penyedia latihan.
c)Lampirkan dokumen yang berkaitan:
i)Resit Hotel
ii)Resit / Invois PSH/STL
iii)Salinan Tiket Kapal Terbang (jika berkenaan); dan
vi)Lain-lain dokumen, jika berkenaan.
d)Kemukakan borang tuntutan lengkap bersama dengan dokumen sokongan di atas kepada PSMB setelah tamat latihan untuk urusan pembayaran geran latihan bagi kos-kos latihan yang dibenarkan.
Nota:Salinan dokumen perlu disahkan mengikut format PSMB.
|