Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2011
  • Public Holiday
      Follow us on :


      Web Statistics :

      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    PROLUS
    Portlet Menu
    Skim PROLUS
    Summary: Skim Program Latihan Yang Diluluskan (PROLUS) membolehkan Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PSMB menawarkan program latihan secara umum sahaja kepada majikan.



    SKIM PROLUS 

     


     

    Skim Program Latihan Yang Diluluskan (PROLUS) membolehkan Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PSMB menawarkan program latihan secara umum sahaja kepada majikan. Permohonan untuk mendapatkan status PROLUS boleh dikemukakan oleh Penyedia Latihan selepas Sijil Pendaftaran diperolehi. Di antara program-program yang ditawarkan secara umum ialah seperti Pengurusan / Pentadbiran, Kraf / Teknikal dan Kemahiran berkaitan Komputer dan Produktiviti.

     

     

    BAGAIMANA MEMOHON (MAJIKAN)

     

    Di bawah skim ini, majikan tidak perlu memohon kelulusan awal daripada PSMB untuk menyertai program PROLUS. Majikan hanya memilih program yang memenuhi keperluan latihan mereka dan seterusnya menghantar pekerja-pekerja mereka mengikuti latihan. Mereka boleh mengemukakan tuntutan untuk pembayaran balik daripada PSMB selepas pekerja menamatkan latihan.

     

     

    CARA MEMBUAT TUNTUTAN (MAJIKAN)


    a)Isikan borang PSMB/PRO/T/06

     

    b)Dapatkan senarai kehadiran PSMB/PRO/4/06  daripada penyedia latihan berkenaan.

     

    c)Kemukakan borang yang lengkap beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada pihak PSMB setelah tamat latihan atau sebelum 30 Jun tahun berikutnya.

     

     

    KATEGORI SIJIL PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN

     

    Penyedia latihan yang memenuhi syarat-syarat asas boleh berdaftar di bawah salah satu daripada kelas-kelas  pendaftaran seperti berikut:-

     

    a) Kategori A

     

    Penyedia latihan yang berdaftar di bawah kategori ini dibenarkan melaksanakan kursus soft skills dan hard skills di bawah Skim SBL, SBL-Khas, PROLUS (termasuk E-Learning), PERLA dan Perantisan.

     

    b) Kategori B

     

    Penyedia latihan di bawah kategori ini hanya dibenarkan melaksanakan kursus soft skills di bawah Skim SBL dan SBL-Khas sahaja.

     

    c) Kategori B(HO)

     

    Penyedia latihan di bawah kategori ini hanya dibenarkan melaksanakan kursus soft skills di bawah Skim SBL-Khas sahaja.

     

    d) Kategori C

     

    Penyedia latihan di bawah kategori ini hanya dibenarkan melaksanakan kursus di bawah Skim SBL sahaja.

     

    Quickr Viewer
    Portlet Menu
    TypeTitleDescriptionDownload
    PROLUS SchemePROLUS Scheme (English Version)
    PROLUS SchemePROLUS Scheme (BM Version)