Berita Terkini :
Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2013
  • Public Holiday
      Follow us on :
      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    PERLA
    Portlet Menu
    Skim PERLA
    Summary: Di bawah skim ini semua program adalah pra-lulus dan yuran kursus didebitkan terus ke akaun majikan.



    Skim PERLA

     

     

     

    Skim PERLA (singkatan bagi Perjanjian Latihan) adalah lanjutan bagi Skim PROLUS.  Di bawah Skim PERLA, semua program adalah pra-lulus dan di samping itu majikan tidak perlu membayar yuran kursus kepada penyedia latihan.  Yuran akan dibayar oleh PSMB kepad penyedia latihan terlibat bagi pihak majikan, berasaskan tuntutan oleh penyedia latihan, selepas tamat latihan. PSMB akan mendebit yuran dituntut kepada akaun levi majikan. Bagi tuntutan elaun harian yang merangkumi kos makan-minum, penginapan dan pengangkutan termasuk tambang kapal terbang (jika berkenaan), majikan dikehendaki mengemukakan tuntutan kepada PSMB mengikut peraturan yang ditetapkan. Tuntutan hendaklah dihantar selepas latihan selesai dijalankan.

     

    Program latihan yang layak ditawarkan di bawah skim ini hanyalah program luaran dijalankan oleh penyedia latihan berdaftar dengan PSMB. Walaupun program-program adalah pra-lulus, majikan perlu memohon merizabkan levi melalui sisten online PERLA di www.hrdf.com.my sekurang-kurangnya satu minggu sebelum latihan bermula untuk memastikan mereka mempunyai baki levi mencukupi dan merizabkan amaun yang diperlukan untuk membayar yuran latihan (rurjuk Pekeliling Majikan Bil.2/2009).

     

    PERMOHONAN GERAN LATIHAN

     

    Tiada permohonan kelulusan program perlu dibuat, kecuali permohonan rizab levi secara online. Kesemua program adalah pra-lulus.

     

    CARA MEMBUAT TUNTUTAN (MAJIKAN – Elaun Harian & Tiket Kapal Terbang, jika berkenaan)

     

     

    a)      Isikan borang PSMB/PER/T1/06 (salinan asal).

    b)      Kemukakan borang senarai kehadiran PSMB/PER/2/06 yang diisi oleh penyedia latihan (salinan yang telah disahkan oleh penyedia latihan).

    c)       Kemukakan ke PSMB beserta semua dokumen yang berkaitan setelah tamat latihan.

     

    CARA MEMBUAT TUNTUTAN (PENYEDIA LATIHAN)

     

    a)      Isikan borang PSMB/PER/T2/06.

    b)      Kemukakan borang senarai kehadiran PSMB/PER/2/06 .

    c)       Kemukakan ke PSMB beserta invois yuran setelah tamat latihan.

     

    BAGAIMANA MEMOHON STATUS PERLA (UNTUK PENYEDIA LATIHAN)

     

    Penyedia latihan boleh memohon untuk menyertai Skim PERLA dengan syarat mereka telah mempunyai lima (5) atau lebih program PROLUS. Permohonan untuk status PERLA boleh dibuat dengan mengemukakan borang PSMB/PER/1/06. Walau bagaimanapun, tiada sebarang yuran dikenakan untuk permohonan ini. Setelah diluluskan, penyedia latihan dikehendaki menandatangani perjanjian PERLA dengan PSMB. Tempoh sah laku perjanjian PERLA adalah tiga (3) tahun.

    Quickr Viewer
    Portlet Menu
    JenisTajukKeteranganMuat Turun
    PERLA SchemePERLA Scheme (English Version)
    PERLA SchemePERLA Scheme (BM Version)