Summary: Di bawah Skim PLT, majikan digalakkan membuat analisis dan mengenalpasti keperluan latihan yang akan dijalankan untuk tempoh 12 bulan.
SKIM PLT (PELAN LATIHAN TAHUNAN)
Di bawah Skim PLT, majikan digalakkan membuat analisis danmengenalpasti keperluan latihan yang akan dijalankan untuk tempoh 12 bulan. Pelan Latihan Tahunan hendaklah berasaskan kepada analisis keperluan latihan yang terperinci yang mengandungi aktiviti-aktiviti latihan yang signifikan.
Pelan latihan tersebut hendaklah meliputi 10% daripada jumlah tenaga kerja syarikat dengan sekurang-kurangnya 15% pekerja peringkat bawahan yang mempunyai kelayakan SPM dan ke bawah. Sistem pemantauan yang berkesan perlu diwujudkan oleh majikan bagi memastikan keberkesanan latihan.
Untuk membantu majikan berkenaan, PSMB telah meluluskan Skim Jurupelan yang mana majikan boleh melantik Konsultan Latihan untuk membantu mereka mengenalpasti keperluan latihan, merumus program latihan dan menyediakan pelan latihan tahunan.
BAGAIMANA MEMOHON
Isikan borang PSMB/PLT/1/01 (borang ini merupakan gabungan maklumat bagi keseluruhan program latihan);
Isikan borang PSMB/PGL/1/09 bagi setiap program di dalam pelan latihan; sertakan dokumen sokongan seperti yang ditetapkan di bawah Skim SBL;
Kemukakan borang kepada PSMB satu (1) bulan sebelum latihan bermula atau sekurang-kurangnya sehari sebelum program latihan yang pertama bermula. Majikan juga dibenarkan mengemukakan borang permohonan PSMB/PGL/1/09 bagi tempoh 3 bulan sekali;dan
Kelulusan akan dikeluarkan beserta dengan senarai program yang diluluskan.
CARA MEMBUAT TUNTUTAN
Isikan borang tuntutan PSMB/T/1/09 bagi setiap program yang tamat dan kemukakan kepada PSMB untuk pembayaran geran latihan.