Summary: Program Latihan Khas ialah program di bawah Skim SMETAP anjuran PSMB dengan kerjasama penyedia latihan dari semasa ke semasa.
SKIM SME TRAINING PARTNERS (SMETAP)
Program Latihan Khas ialah program di bawah Skim SMETAP anjuran PSMB dengan kerjasama penyedia latihan dari semasa ke semasa. Program-program latihan yang ditawarkan ialah:-
a) Business Finance For SME Entrepreneurs & Managers b) Certificate In Industrial Relations c) Coaching & Mentoring For Performance Improvement d) Customer Relationship Skills e) Effective Sales Strategies Programme f) Evaluation On Effectiveness Of Training g) Expanding Your Market Programme h) IT Security Management i) IT Security Practices j) Problem Solving & Creativity k) Train The Trainer l) Web Designing
Kadar bantuan kewangan ialah pada 100%.
BAGAIMANA MEMOHON
a) Urusetia PSMB akan mengedarkan brosur latihan kepada semua majikan yang berdaftar dari semasa ke semasa. b) Borang pendaftaran hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
CARA TUNTUTAN (MAJIKAN)
a) Borang tuntutan PSMB/STP/T1/07 akan dibekalkan di tempat latihan kepada majikan dan majikan dikehendaki mengisi dan mengemukakannya ke PSMB setelah tamat kursus.
b) Kelayakan elaun harian pelatih, jika berkenaan ialah:-
i) > 50 km – RM250 sehari/ pelatih (termasuk penginapan hotel); ii) < 50 km – RM100 sehari/pelatih.
c) Kadar tambang udara kelas ekonomi kepada peserta luar kawasan, jika berkenaan.
Program SMETAP Usahasama dengan Institut Latihan Kerajaan
Program-program ini adalah usahasama antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan Institut Latihan Kerajaan seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Skim SME Training Partners (SMETAP). Program-program yang ditawarkan adalah program-program yang lebih berbentuk teknikal untuk meningkatkan kemahiran pekerja sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi. Pada masa ini, PSMB berusahasama dengan agensi-agensi berikut:-