Skim Teknologi Maklumat Dan Latihan Berbantu Komputer
Summary: Skim ini bertujuan membolehkan majikan membeli komputer peribadi bagi mewujudkan satu Unit Latihan Berbantu Komputer.
SKIM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN LATIHAN BERBANTU KOMPUTER (PEMBELIAN KOMPUTER (DESKTOP)
Skim ini bertujuan membolehkan majikan membeli komputer peribadi bagi mewujudkan satu Unit Latihan Berbantu Komputer. Kelulusan daripada PSMB hendaklah diperolehi terlebih dahulu bagi pembelian tersebut. Skim ini adalah untuk melengkapkan Skim Latihan Berasaskan Komputer.
Di bawah skim ini, majikan dibenarkan membeli beberapa buah komputer peribadi yang mempunyai kemudahan multimedia tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000.00, untuk sekali pembelian dalam tempoh 3 tahun.
Majikan juga layak mendapat bantuan kewangan tambahan bagi pembelian komputer peribadi tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000.00, sekali pembelian untuk menubuhkan Unit Latihan Berbantu Komputer bagi satu pejabat cawangan setahun. Permohonan berikutnya bagi cawangan yang telah diluluskan hanya boleh dipohon selepas tempoh tiga tahun. Kelulusan adalah tertakluk kepada baki levi majikan semasa permohonan dikemukakan.
Berkuatkuasa 1hb Januari 2010, semua permohonan perlu dikemukakan melalui Internet dalam Portal PSMB. Permohonan perlu dikemukakan sebelum pembelian komputer tersebut dibuat.