Summary: Skim ini membolehkan majikan membeli perisian latihan (CBT) dan membuat tuntutan balik tanpa memerlukan kelulusan awal dari PSMB.
SKIM LATIHAN BERASASKAN KOMPUTER (CBT) (PEMBELIAN DAN PEMBANGUNAN PERISIAN)
Skim ini membolehkan majikan membeli perisian latihan (CBT) dan membuat tuntutan balik tanpa memerlukan kelulusan awal dari PSMB. Majikan juga boleh membangunkan perisian latihan secara dalaman berasaskan kepada keperluan spesifik syarikat. Kelulusan PSMB perlu diperolehi sebelum membangunkan sistem berkenaan. Kadar bantuan kewangan adalah mengikut jenis kemahiran yang dibangunkan oleh majikan berkenaan.
BAGAIMANA MEMOHON (BAGI MEMBANGUNKAN PERISIAN LATIHAN SAHAJA)
Sediakan kertas cadangan dan justifikasi serta tempoh pembangunan.
Lampirkan sebutharga dari 3 pembekal yang menawarkan untuk membangunkan perisian latihan.
CARA TUNTUTAN
Semua tuntutan hendaklah dikemukakan kepada PSMB melalui borang PSMB/CBT/T/01
Sertakan dokumen sokongan seperti resit, inbois terperinci (kos bagi setiap tajuk / modul latihan) dan juga sesalinan ringkasan kandungan kursus.
Quickr Viewer
Jenis
Tajuk
Keterangan
Muat Turun
Computer Based Training CBT (Bahasa Melayu Version)
Computer Based Training CBT Scheme (Bahasa Melayu Version)
Computer Based Training CBT (English Version)
Computer Based Training CBT Scheme (English Version)