Berita Terkini :
Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2013
  • Public Holiday
      Follow us on :
      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    Perantisan
    Portlet Menu
    Skim Perantisan
    Summary: Skim ini bertujuan untuk meningkatkan penawaran tenaga kerja terlatih bagi industri yang ditentukan bersama oleh PSMB dengan industri berkenaan.



    SKIM PERANTISAN


             


    Skim ini bertujuan untuk meningkatkan penawaran tenaga kerja terlatih bagi industri yang ditentukan bersama oleh PSMB dengan industri berkenaan. Skim ini juga membolehkan majikan yang berdaftar dengan PSMB bergiat aktif dalam aktiviti latihan. Perantis dipilih daripada pelajar lepasan PMR atau SPM. Latihan perantisan ialah kombinasi teori dan praktikal di tempat penyedia latihan dan latihan praktikal yang berstruktur di premis majikan penaja. Kurikulum latihan dibangunkan berasaskan modul.


    Selepas tamat latihan bagi setiap kombinasi modul di institut latihan, perantis akan menjalani latihan “On-the-Job” di premis majikan penaja untuk memperkukuhkan lagi apa yang telah dipelajari. Tempoh latihan ialah di antara 6 -16 bulan bergantung kepada keperluan industri.

    Pemilihan perantis adalah melalui sesi temuduga yang diadakan oleh majikan dan PSMB.


    Yuran pengajian dibayar sepenuhnya oleh PSMB. Perantis akan diberi elaun bulanan antara RM350.00 - RM500.00 dan perlindungan insuran oleh majikan. Majikan penaja layak menuntut bantuan kewangan pada kadar 100% bagi kos-kos yang dibenarkan (elaun bulanan perantis, insuran dan bahan latihan guna habis, jika ada).


    Selepas tamat latihan dengan jayanya, perantis akan ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Sijil Perantisan akan dikeluarkan oleh PSMB.


    PROGRAM YANG DITAWARKAN:

    •           Mekatronik
    •           Industri Perhotelan
    •           Industri Berasaskan Kayu (Perabot)
    •           Plastics Injection Moulding
    •           Tool & Die (Mould)
    •           Tool & Die (Press Tool)
    •           Industrial Sewing Machine Technician

    BAGAIMANA MEMOHON (MAJIKAN PENAJA)

    a)  Isikan borang PSMB/SP/2/01

    b)  Majikan akan mengadakan temuduga untuk memilih calon. Calon yang terpilih akan menandatangani kontrak perantisan dengan majikan penaja.

    c)  Dua (2) salinan kontrak perantisan bagi setiap perantis yang telah diisi, tandatangan dan telah dimatikan setem mesti dihantar ke PSMB.


    CARA MEMBUAT TUNTUTAN (MAJIKAN PENAJA)

    a)  Kemukakan borang PSMB/SP/T1/09  setiap tiga (3) bulan selepas latihan dijalankan.

    b) Kemukakan borang PSMB/SP/T3/09

    c)  Sertakan dokumen sokongan iaitu Penyata Bayaran Elaun Bulanan Perantis, resit pembelian perlindungan insuran perantis dan resit  pembelian bahan latihan guna habis yang digunakan (jika ada).


    BAGAIMANA MEMOHON (CALON PERANTIS)

    a)  Isikan borang PSMB/SP/1/09