Sebagai daya penggerak latihan dan pembangunan tenaga kerja.
Misi
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja melalui pengurusan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang efektif.
Objektif Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM)
Pewujudan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia adalah sangat penting bagi pembangunan negara selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Objektif penubuhan KWPSM adalah seperti berikut:-
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja;
Melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang khusus dan terkini;
Membantu untuk mempercepatkan pemindahan teknologi;
Meningkatkan produktiviti dan operasi yang memberi nilai tambah;
Mengelakkan kemahiran pekerja dari menjadi usang di dalam persekitaran teknologi yang sentiasa berubah-ubah;
Mewujudkan kemahiran pelbagai di kalangan pekerja sesuai dengan pekerjaan yang fleksibel; dan Meningkatkan budaya latihan di kalangan majikan.
Fungsi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
Fungsi PSMB seperti yang dinyatakan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001, adalah seperti berikut:-
Untuk menilai dan menentukan jenis-jenis dan takat latihan dan latihan semula pekerja selaras dengan keperluan-keperluan sumber manusia bagi industri-industri;
Untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan tenaga manusia; dan
Untuk menentukan terma-terma dan syarat-syarat yang dibawahnya apa-apa bantuan kewangan atau pemberian yang hendak diberikan
Polisi Keselamatan
Adalah menjadi satu polisi bagi PSMB untuk menyediakan seboleh mungkin persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada semua pekerja PSMB dan orang ramai. Dengan pelaksanaan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini, ianya akan dapat membantu Urusetia mencapai matlamat dan objektif PSMB.
PSMB adalah komited untuk melaksanakan polisinya seperti berikut:-
Menyedia dan menyelenggara tempat kerja yang selamat untuk pekerja PSMB dan orang ramai.
Memastikan semua anggota PSMB diarah dan diselia dengan cara-cara kerja yang selamat dengan menghindari apa-apa risiko ke atas kesihatan.
Mematuhi kesemua arahan dan peraturan berhubung dengan keselamatan diri dan organisasi.
Mengemaskini polisi dari semasa ke semasa.
Bagi memastikan polisi ini dikuatkuasakan, Pegawai Keselamatan akan mengawal dan memastikan segala ciri-ciri keselamatan di tempat kerja sentiasa diberi keutamaan.
Dasar Kualiti
"PSMB adalah komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan melaksanakan penambahbaikan berterusan".