Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2011
  • Public Holiday
      Follow us on :


      Web Statistics :

      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    PKS
    Portlet Menu

    BAHAGIAN PKS

    Objektif

    Menerapkan kesedaran akan pentingnya latihan di kalangan majikan PKS.

    Strategi

    1. Menerapkan budaya latihan melalui aktiviti promosi, penerangan dan pencarian program latihan untuk majikan PKS yang mencarum kepada KWPSM.
    2. Badan Penyelaras yang dilantik oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan untuk menyelia dan menyelaras keseluruhan pembangunan latihan dan sumber manusia PKS.
    3. Menawar dan menganjurkan program-program latihan yang relevan kepada PKS.
    4. Menyediakan khidmat nasihat dan perkhidmatan juruperunding TNA kepada majikan PKS.

    UNIT KWPSM

    Objektif

    Menerapkan budaya latihan melalui aktiviti promosi, penerangan dan pencarian program latihan untuk majikan PKS yang mencarum kepada KWPSM.

    Strategi

    1. Menggalakkan budaya latihan melalui aktiviti promosi seperti HRD Talk Series dan Seminar.
    2. Memberi penerangan mengenai prosedur permohonan dan tuntutan geran latihan di bawah KSPSM melalui Bengkel dan Lawatan Khidmat nasihat.
    3. Memudahkan pencarian program latihan yang relevan melalui penganjuran Pameran Latihan dan Training Preview.

    Unit Penyelaras

    Objektif

    Badan Penyelaras yang dilantik oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan untuk menyelia dan menyelaras keseluruhan pembangunan latihan dan sumber manusia PKS.

    Aktiviti

    1. Mengenal pasti keperluan latihan PKS bagi semua  sektor ekonomi.
    2. Menyelaras, melaksana dan memantau program  latihan dan pembangunan PKS yang dijalankan  oleh kementerian dan agensi kerajaan.
    3. Menilai keberkesanan, kesesuaian dan kualiti  program latihan dan pembangunan PKS yang  dijalankan oleh kementerian dan agensi.
    4. Menggunakan ukur rujuk amalan terbaik  antarabangsa untuk latihan bagi meningkatkan  daya saing PKS.
    5. Menjalin hubungan rapat dengan organisasi dan  institusi akademik sektor swasta yang berkenaan  untuk memastikan kesesuaian program latihan  dalam memnuhi keperluan sumber manusia setiap  industri.
    6. Menyelaras latihan dan pembangunan kumpulan  pelatih yang berkualiti.
    7. Membentuk sistem akreditasi latihan formal untuk  PKS.

    Unit SMETAP

    Objektif & Aktiviti

    Menawar dan menganjurkan program-program latihan yang relevan kepada PKS.

    Unit Khidmat nasihat & Juruperunding TNA

    Objektif

    Menyediakan khidmat nasihat dan perkhidmatan juruperunding TNA kepada majikan PKS.

    Aktiviti

    1. Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan-majikan yang menyertai Skim Perundingan TNA di dalam melaksanakan program-program latihan yang telah diluluskan di dalam pelan latihan tahunan. Perkhidmatan ini bertujuan memudahcara dan membantu PKS merancang, memilih dan menilai program-program latihan bukan sahaja di bawah Skim PLT tetapi juga di bawah skim-skim lain yang ditawarkan oleh PSMB.
    2. Untuk menilai keberkesanan program-program latihan yang dilaksanakan. Pihak Sekretariat akan menjalankan odit kepada majikan-majikan yang menyertai skim ini selepas mereka selesai melaksanakan sekurang-kurangnya 50% faripada program latihan yang terdapat di dalam pelan latihan tahunan yang diluluskan.
    3. Hasil daripada kajian TNA ke atas tiga majikan daripada setiap sub-sektor akan diperluaskan supaya meliputi semua kategori pekerjaan dan fungsian yang wujud di dalam sub-sektor tersebut. Daripada inventori ini, satu profail keperluan latihan bagi sesebuah industri akan dihasilkan.
    4. Menawar dan menyelaras program latihan TNA yang ditawarkan secara percuma dari aspek promosi, pendaftaran dan kehadiran. Program ini adalah salah satu program yang ditawarkan di bawah Skim “SME Training Partners.” Pihak sekretariat akan membantu dan membuat tindakan susulan tugasan berkaitan dengan TNA yang ditetapkan untuk para peserta kursus. Tugasan ini akan dinilai untuk memastikan para peserta mempunyai kebolehan untuk mempraktikkan konsep TNQA di tempat kerja masing-masing.
    5. Pihak sekretariat juga akan mengurus para juru perunding yang telah dilantik untuk menjalankan kajian TNA ke atas majikan-majikan yang menyertai skim ini.