Berita Terkini :
Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2013
  • Public Holiday
      Follow us on :
      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    Kewangan
    Portlet Menu
    OBJEKTIF BAHAGIAN KEWANGAN

    1. Memastikan tuntutan geran latihan dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan;
    2. Memastikan majikan sentiasa berkelayakkan untuk menerima bantuan kewangan;
    3. Memastikan penyelenggaraan rekod kewangan dan akaun PSMB sentiasa dikemaskini.

    STRATEGI BAHAGIAN KEWANGAN

    1. Menggalakkan majikan memberi latihan terhadap pekerjanya;
    2. Memudahkan majikan membuat tuntutan;
    3. Mempercepatkan proses kelulusan tuntutan dan bayaran geran latihan;
    4. Menyediakan peraturan dan garis panduan tuntutan geran latihan yang mudah difahami;
    5. Mempertingkatkan kefahaman majikan mengenai proses tuntutan geran latihan melalui bengkel, klinik, lawatan dan khidmat nasihat;
    6. Membekalkan maklumat kutipan levi dan bayaran geran latihan yang tepat dan dikemaskini;
    7. Menghapuskan amalan penipuan dalam mengemukakan tuntutan;
    8. Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti;
    9. Mewujudkan suasana harmoni dan bekerjasama dengan majikan.

    FUNGSI DAN TUGAS SETIAP BAHAGIAN KEWANGAN

    Unit Tuntutan Geran Latihan

    1. Memproses tuntutan geran latihan yang diterima lengkap daripada majikan dalam tempoh 14 hari bekerja.
    2. Memproses tuntutan geran latihan yang mempunyai tunggakan levi atau faedah atau baki levi tidak mencukupi.
    3. Menghantar penyata levi 2 kali setahun.
    4. Menerima aduan dan menjalankan verifikasi ke atas tuntutan majikan dan juga penyedia latihan di bawah seksyen 40 & 41 akta PSMB, 2001.

    Unit Akaun

    1. Menyelenggara rekod kutipan levi dan bayaran geran latihan
    2. Mengendalikan akaun dan urusan kewangan PSMB
    3. Menyelaras penyediaan belanjawan dan mengawal perbelanjaan
    4. Menyedia dan mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan PSMB untuk diaudit dalam tempoh yang ditetapkan

    Tugas–tugas unit akaun

    1. Membuat pelarasan kutipan levi bagi bank RHB dan PBB pada setiap bulan.
    2. Menyimpan dan menyelenggara rekod bayaran geran latihan dalam bentuk baucer dan cek.
    3. Menyediakan baucer bayaran geran latihan dan baucer-baucer pembayaran kepada pembekal, gaji dan elaun-laun kakitangan dan lain-lain baucer bayaran.
    4. Menyediakan cek-cek yang telah ditandatangani  kepada pembekal dan lain-lain.
    5. Membuat arahan bayaran melalui bank.
    6. Menyelaras dan menyimpan rekod akaun dengan betul melalui sistem Perakaunan Humanbase.
    7. Menyelaras penyediaan belanjawan PSMB dengan membantu bahagian-bahagian lain menyediakan laporan bagi penyediaan belanjawan bahagian masing-masing.
    8. Mengawal perbelanjaan PSMB semasa penyediaan pesanan belian dan semasa membuat semua bayaran.
    9. Menyediakan laporan penutupan akaun bagi penyedian Laporan Kewangan Tahunan PSMB.
    10. Menjawab segala pertanyaan audit berkaitan dengan Laporan Kewangan Tahunan PSMB.
    11. Menyelaras dan menyimpan rekod pinjaman komputer, kenderaan dan perumahan kakitangan PSMB.
    12. Membuat cadangan dan mengawal pelaburan bagi asset semasa PSMB.

    UNIT TUNGGAKAN LEVI
       
    FUNGSI UNIT

    Mengurangkan bilangan majikan yang mempunyai tunggakan levi

    TUGAS-TUGAS UNIT

    1. Bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tunggakan levi
    2. Mengemukakan aduan kpd Unit Siasatan & Perundangan bagi majikan yang mempunyai tunggakan levi
    3. Mengambil tindakan keatas surat dan telefon berhubung rayuan pengecualian levi, rayuan untuk membayar levi tertunggak secara ansuran dan yang berkaitan dengan tunggkan levi
    4. Menyemak dan menghantar notis tunggakan levi kepada majikan setiap dua bulan sekali
    5. Menyemak  dan mengesahkan Borang 3 dan dokumen sokongan yang diterima dari majikan
    6. Menyediakan report levi tertunggak utk Mesyuarat Pengurusan pada setiap dua minggu
         
    PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

    Md Sharizal b. Che Deris
    Tel : 03-20964890
    Fax : 03-20876226

    Hafilus Bin Muhamad Ali
    Tel : 03-20964722
    Fax: 03-20964944/20876372


    Letchumidewi A/P Giravalu
    Tel : 03-20964708
    Fax : 2087 6268


    NOTIS TUNGAKAN LEVI

    Notis tunggakan levi akan dihantar kepada majikan yang gagal untuk membuat bayaran levi pada masa yang ditetapkan setiap dua bulan sekali.

    BORANG 2A DAN 2B

    Bayaran levi dibuat boleh di mana-mana cawangan RHB Bank atau Public Bank dan mesti dibuat di kaunter bank dan tidak dimasukkan ke dalam kotak pengiriman cek pantas. Hanya Borang 2A dan 2B yang telah dimesin cetak dianggap sebagai resit sah dari segi undang-undang dan datanya diterima oleh sistem komputer bank. Borang yang digunakan untuk tujuan bayaran levi semasa ialah borang 2A manakala borang 2B digunakan untuk bayaran levi tertunggak. Bayaran levi semasa mesti dibuat selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya.

    Contoh : Borang 2A (muka hadapan)



    Unit Tunggakan Faedah

    Fungsi Unit

    Unit ini ditubuhkan untuk mengawal selia semua urusan berkaitan  tunggakan faedah dan menjawab sebarang pertanyaan atau menyelesaikan masalah berkaitan faedah yang dihadapi oleh majikan.

    Tugas-tugas unit

    -menghantar notis faedah kepada majikan-majikan
    -mengemaskini rekod-rekod faedah majikan
    -menguruskan bayaran balik faedah jika terlebih bayar
    -menjawab sebarang pertanyaan mengenai faedah

    Pegawai untuk dihubungi

    Noorhanizam bin Zainal              03-20964835
    Noor Asmah Binti Abd Ghaffar      03-20964965
    Saripah Nora Binti Syed Abdullah  03-20964885

    Borang 2C

    Borang 2C akan dihantar bersama dengan notis faedah apabila majikan membayar levi tidak  dalam tempoh yang ditetapkan.
    Bayaran faedah boleh dibayar di Public Bank atau RHB sama ada tunai atau cek

    No akaun  PBB-3999060003
                  RHB-2-14334-3700006-6

    Faedah sebanyak 10% setahun dikenakan apabila majikan gagal membayar levi dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran minimum faedah ialah RM5.00

    Contoh pengiraan
    Amaun levi -RM 1000
    Bilangan hari lewat -5

    10% x RM1000 x 5
            365
    =RM 1.37 dikira sebagai RM5

    Unit Tabung Amanah Latihan Khas (TALK)

    Fungsi

    Mengendalikan pembayaran tuntutan bagi program ACCP 3

    TUGAS UNIT:

    1. Memproses tuntutan elaun pelatih
    2. Memproses tuntutan yuran penyedia latihan
    3. Menjawab dan menyelesaikan persoalan bagi tuntutan yuran penyedia latihan dan elaun pelatih.
    4. Memberi penerangan kepada penyedia latihan dan pelatih tentang skim tersebut.

    Pegawai Untuk Di Hubungi:

    1.
    Abdul Rahman Bin Sahlan  (03-20964875)