Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2011
  • Public Holiday
      Follow us on :


      Web Statistics :

      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    Profail Korporat
    Portlet Menu

    Visi

     

    Sebagai daya penggerak latihan dan pembangunan tenaga kerja.

     

    Misi

     

    Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja melalui pengurusan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang efektif. 

     

    Objektif Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM)

     

    Pewujudan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia adalah sangat penting bagi pembangunan negara selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Objektif penubuhan KWPSM adalah seperti berikut:-

     

    · Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja;
    · Melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang khusus dan terkini;
    · Membantu untuk mempercepatkan pemindahan teknologi;
    · Meningkatkan produktiviti dan operasi yang memberi nilai tambah;
    · Mengelakkan kemahiran pekerja dari menjadi usang di dalam persekitaran teknologi yang sentiasa berubah-ubah;
    · Mewujudkan kemahiran pelbagai di kalangan pekerja sesuai dengan pekerjaan yang fleksibel; dan
    · Meningkatkan budaya latihan di kalangan majikan.

     

    Fungsi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

     

    Fungsi PSMB seperti yang dinyatakan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001, adalah seperti berikut:-


    · Untuk menilai dan menentukan jenis-jenis dan takat latihan dan latihan semula pekerja selaras dengan keperluan-keperluan sumber manusia bagi industri-industri;
    · Untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan tenaga manusia; dan
    · Untuk menentukan terma-terma dan syarat-syarat yang dibawahnya apa-apa bantuan kewangan atau pemberian yang hendak diberikan
     
    Polisi Keselamatan

     

    Adalah menjadi satu polisi bagi PSMB untuk menyediakan seboleh mungkin persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada semua pekerja PSMB dan orang ramai. Dengan pelaksanaan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini, ianya akan dapat membantu Urusetia mencapai matlamat dan objektif PSMB.


    PSMB adalah komited untuk melaksanakan polisinya seperti berikut:-

     

    · Menyedia dan menyelenggara tempat kerja yang selamat untuk pekerja PSMB dan orang ramai.
    · Memastikan semua anggota PSMB diarah dan diselia dengan cara-cara kerja yang selamat dengan menghindari apa-apa risiko ke atas kesihatan.
    · Mematuhi kesemua arahan dan peraturan berhubung dengan keselamatan diri dan organisasi.
    · Mengemaskini polisi dari semasa ke semasa.

     

    Bagi memastikan polisi ini dikuatkuasakan, Pegawai Keselamatan akan mengawal dan memastikan segala ciri-ciri keselamatan di tempat kerja sentiasa diberi keutamaan.


    Dasar Kualiti

     

    Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) adalah komited dengan sepenuhnya untuk bekerja rapat dengan majikan dan penyedia latihan bagi memberi perkhidmatan yang cemerlang mengikut prosedur kerja dan kehendak Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan untuk memenuhi kehendak dan kepuasan hati majikan dan penyedia latihan. Selain daripada itu, pihak pengurusan akan memberi komitmen secara berterusan untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian.

    Lain-lain Pautan
    Portlet Menu