Pusat Dokumen :
  • Borang Permohonan
  • Pekeliling
  • Panduan
  • Buletin PSMB
  • Laporan Tahunan
    Maklumat Am :
  • Online Statistics
  • Allowable Cost Matrix - 2011
  • Public Holiday
      Follow us on :


      Web Statistics :

      
    Resize Font: A+ | A- | Reset |
    English   
     
    Library
    Portlet Menu
    SME OJT
    Summary: OJT - On The Job Training merupakan salah satu cara utama bagi memperolehi kemahiran di kalangan majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).



    SKIM LATIHAN "ON-THE-JOB" BAGI MAJIKAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

     

     

     
    ‘On The Job Training’ (OJT)  merupakan salah satu cara utama bagi memperolehi kemahiran di kalangan majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di mana seorang pekerja mahir atau penyelia melatih pekerja yang tidak mahir atau pekerja baru yang bekerja bersama-sama dengan pekerja mahir atau penyelia tersebut. Untuk menggalakkan PKS melatih pekerja-pekerja mereka dan mengurangkan gangguan kerja sekiranya menghantar pekerja-pekerja untuk latihan luaran, PSMB telah memperkenalkan Skim Latihan OJT untuk PKS.

     

    Terma dan Syarat

     

    1.  Prosedur dan peraturan 

    • Majikan PKS dikehendaki merancang dan menstrukturkan latihan tersebut. Program latihan OJT yang berstruktur ini perlu disediakan dengan menyatakan tajuk, objektif/hasil pembelajaran, kumpulan sasaran, tempoh, tugas/isi kandungan/kemahiran dan pengetahuan yang di ajar serta kaedah penyampaiannya.
    • Latihan OJT hendaklah disampaikan oleh pekerja syarikat yang berkemahiran atau penyelia kepada pelatih. Latihan OJT boleh dilaksanakan dalam beberapa sesi yang mana tempoh setiap sesi hendaklah sekurang-kurangnya satu jam.
    • Selepas latihan OJT dijalankan, pelatih hendaklah mencapai tahap kemahiran untuk melaksanakan tugas yang telah dipelajari. Pengajar pula perlu membuat penilaian terhadap pelatih bagi memastikan tahap kemahiran telah dicapai. 
    • Majikan tidak perlu membuat permohanan awal untuk geran latihan dan hanya perlu menghantar borang tuntutan

     

    2.  Kelayakan

    • Skim ini boleh dipohon oleh majikan PKS yang berdaftar dengan PSMB yang mana jumlah pekerja adalah seperti pecahan berikut:-

    Sektor

    Jumlah Pekerja

    Perkilangan

    150 orang pekerja atau kurang

    Perkhidmatan

    50 orang pekerja atau kurang

     

    • Latihan OJT hanya dibenarkan pada kadar nisbah pengajar dan pelatih daripada 1:1 sehingga maksimum 1:4. Bagi latihan yang melibatkan 5 pelatih dan lebih, permohonan bantuan kewangan hendaklah dikemukakan di bawah skim SBL sebagai elaun pengajar dalaman.
    • Pembayaran balik bantuan kewangan adalah pada kadar RM5.00 seorang pelatih satu jam (RM5/pelatih/jam).
    • Tempoh minimum keseluruhan latihan adalah 7 jam manakala tempoh maksimum tidak boleh melebihi 300 jam. Bagi latihan yang dijalankan lebih daripada 300 jam, majikan perlu mendapatkan latihan persijilan dari dari pihak luar di bawah skim yang berlainan kerana skim ini hanya dilaksanakan oleh pengajar syarikat dan bukannya jurulatih bertauliah dari luar.

     

    3.  Tatacara tuntutan

    • Isikan borang tuntutan menggunakan borang PSMB/OJT/T/1/08 dan kemukakannya ke bahagian Kewangan PSMB berserta dengan dokumen berkaitan iaitu Kehadiran OJT and Log Penilaian.
    • Majikan dikehendaki mengisi semua maklumat yang diminta dalam borang tuntutan dan juga dokumen yang dilampirkan dengan betul.
    • Borang tuntutan boleh dihantar sejurus selepas tamat sesi terakhir latihan dijalankan.

     
    4.  Sebab-sebab tuntutan ditolak

    •  Baki levi majikan tidak cukup.
    • Pelatih gagal mencapai tahap kemahiran untuk melaksanakan tugas yang telah dipelajari.
    • Sekiranya majikan telah memohon bantuan kewangan daripada skim lain ataupun melalui program tajaan pihak kerajaan untuk OJT.

     

    5. Sebab-sebab tuntutan dikuiri/dipulangkan

    • Maklumat tidak lengkap.
    • Borang tuntutan tidak diisi dengan betul.
    Quickr Viewer
    Portlet Menu
    TypeTitleDescriptionDownload
    OJT SchemeOJT Scheme (English Version)
    OJT SchemeOJT Scheme (BM Version)