PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
(Human Resources Development Berhad)
WISMA PSMB, JALAN BERINGIN
DAMANSARA HEIGHTS
50490, KUALA LUMPUR.

Tel : 03- 2096 4800

Fax : 03- 2096 4999


PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL. 2/2006

PROSEDUR BARU MENGENAI PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

11.0
TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN

11.1

Tanggungjawab Penyedia Latihan di bawah Kategori Kelas A atau B.

a) Adalah menjadi tanggungjawab Penyedia latihan untuk mengagihkan borang PSMB/PRO/T/06 (sila rujuk Lampiran G) dan senarai kehadiran pelatih dengan menggunakan borang PSMB/PRO/4/06 (sila rujuk Lampiran H) kepada pelatih-pelatih yang berkenaan pada hari terakhir program latihan tersebut.

b) Semua penyedia latihan perlu memastikan semua pelatih yang menghadiri program latihan di bawah Skim PROLUS mengisi borang penilaian PSMB/PRO/E/06 (rujuk Lampiran I) bagi membolehkan mereka menilai keberkesanan program latihan tersebut. Semua borang penilaian hendaklah dikutip semula daripada pelatih-pelatih dan disimpan dengan teratur untuk dihantar kepada PSMB dalam bulan Januari dan Julai setiap tahun.

c) Semua penyedia latihan perlu bersedia untuk menerima sebarang pemeriksaan oleh Pegawai Unit Naziran PSMB dari semasa ke semasa.

d) Selain daripada tanggungjawab penyedia latihan yang dinyatakan dalam Kit Maklumat PROLUS, setiap penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB mesti bertindak secara profesional dan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada majikan-majikan.

e) PSMB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana penyedia latihan yang melanggar terma dan syarat PSMB. PSMB memandang berat terhadap perkara ini. Pada masa lalu, penyedia latihan telah disenaraihitamkan dan sijil pendaftaran latihan mereka telah dibatalkan akibat daripada kelakuan yang tidak bertanggungjawab.

f) Semua penyedia latihan mesti memaklumkan kepada PSMB jika berlaku sebarang pertukaran premis, pertukaran nama dan penubuhan cawangan-cawangan baru.

11.2
Tanggungjawab Penyedia Latihan Di bawah Kagegori Kelas C

a) Semua penyedia latihan yang berdaftar di bawah kategori ini dibenarkan untuk menawarkan program-program latihan di bawah skim SBL dan PLT kepada majikan-majikan. Di bawah skim tersebut, semua penyedia latihan perlu mendapatkan pelan latihan tahunan daripada pihak majikan sebelum latihan bermula. Perkara ini adalah penting untuk mengelakkan tuntutan majikan ditolak.

b) Penyedia-penyedia latihan perlu memastikan yuran latihan di bawah skim-skim SBL atau PLT tidak melebihi RM 3,500 sehari.

c) Penyedia-penyedia latihan perlu memaklumkan kepada urusetia PSMB jika berlaku sebarang pertukaran premis atau pertukaran nama.

11.3
Penggunaan Logo PSMB

a) Penyedia Latihan boleh memohon untuk menggunakan Logo PSMB bagi tujuan mempromosikan program-program latihan di bawah Skim-skim PROLUS, PERLA dan SBL-Khas melalui media-media seperti berikut:-

(i) Media cetak (melainkan poster-poster atau iklan-iklan yang ditampal pada sebarang kenderaan atau kenderaan awam) ;-

  • Radio;
  • Televisyen, video, CD ROM termasuk multimedia dan
  • Internet serta laman web.

Setelah diluluskan, penyedia-penyedia latihan dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan PSMB bagi penggunaan Logo PSMB. Walau bagaimanapun, penyedia-penyedia latihan adalah diberi peringatan keras untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang mengelirukan dalam urusan pengiklanan mereka seperti ‘SBL Sebelum Diluluskan’ atau ‘SBL Telah Diluluskan’ kerana kenyataan-kenyataan tersebut boleh mengelirukan majikan untuk melatih pekerja-pekerja mereka tanpa memohon kelulusan terlebih dahulu.

Kembali ke menu utama