| 10.0 |
|
10.1 |
Selaras usaha-usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem perkhidmatan awam, penyedia-penyedia latihan ynag berdaftar dengan PSMB mesti melanggani HRD Portal untuk menggalakkan lebih banyak transaksi elektronik di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia.
|
10.2 |
Yuran langganan HRD Portal untuk penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB telah banyak dikurangkan kepada RM100 dan ianya perlu diperbaharui setiap tahun pada kadar bayaran yang sama. PSMB berhak untuk membuat perubahan kepada yuran langganan, jika perlu.
|
10.3 |
Penyedia latihan perlu memastikan bahawa maklumat yang dipaparkan dalam HRD Portal adalah betul, terkini dan jelas. Bagi program-program latihan yang telah diluluskan di bawah Skim-skim PROLUS, PERLA dan SBL Khas, maklumat yang diberi mestilah betul dan selaras dengan kelulusan yang diberi. PSMB akan mengawal selia kesahan maklumat dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana penyedia latihan yang memberi butiran yang tidak betul atau mengelirukan. Maklumat yang perlu dipaparkan dengan betul dalam HRD Portal adalah seperti berikut:
(i) Profil penyedia latihan;
(ii) Program-program latihan yang ditawarkan termasuk tempoh dan yuran latihan;
(iii) Profil pengajar; dan
(iv) Kalendar aktiviti program latihan.
|
10.4 |
Penyedia latihan juga boleh memasarkan program-program latihan selain daripada skim PROLUS, PERLA dan SBL KHAS di dalam HRD Portal. Bagi program-program latihan yang ditawarkan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL), penyedia latihan tidak dibenarkan membuat kenyataan bahawa ianya boleh diluluskan oleh PSMB. Walau bagaimanapun, penyedia latihan boleh memaklumkan bahawa program-program latihan tersebut boleh dipertimbangkan oleh pihak PSMB di bawah skim SBL.
|
10.5 |
HRD Portal ialah media yang efektif bagi membantu penyedia-penyedia latihan untuk memasarkan program-program latihan mereka dan juga membantu pihak majikan untuk melayari program-program latihan yang sesuai untuk pekerja-pekerja mereka. Sehubungan dengan ini, kedua-dua pihak iaitu penyedia latihan dan majikan boleh bekerjasama untuk mengesahkan tarikh dan yuran latihan dan pihak penyedia latihan juga boleh mengubahsuai program latihan mereka mengikut keperluan majikan melalui HRD Protal.
|
10.6 |
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, penyedia latihan mesti mengesahkan pendaftaran semua pelatih dalam HRD Portal. Di samping itu, penyedia latihan diingatkan supaya menasihatkan semua majikan yang berkenaan untuk menghantar permohonan geran latihan kepada pihak PSMB. Permohonan geran latihan untuk semua skim yang ditawarkan oleh PSMB perlu dibuat melalui prosedur yang sedia ada.
|
10.7 |
Semua penyedia latihan perlu mematuhi terma-terma dan syarat-syarat HRD Portal seperti yang dinyatakan dalam www.hrdportal.com.my. PSMB diberi hak untuk mengubah apa jua terma dan syarat portal tersebut tanpa memperolehi persetujuan pihak penyedia latihan bagi memastikan kesahan isi kandungan portal dan juga untuk melindungi imej koporatnya.
|
10.8 |
HRD Portal juga menawarkan ruang pengiklanan untuk disewa yang mana ianya tidak termasuk yuran langganan. Yuran bagi penyewaan ruang pengiklanan adalah seperti berikut:
(i) Emas - RM 500.00 468 x 60 pixel
(ii) Perak - RM 250.00 120 x 120 pixel
(iii) Gangsa - RM 150.00 120 x 60 pixel
Tempoh pengiklanan ialah satu (1) bulan dan ianya boleh diperbaharui setiap bulan pada kadar yuran yang sama. Kemudahan ini diberi atas dasar “ first come first serve”. PSMB juga mempunyai hak untuk menyusun aktiviti pengiklanan untuk diterbitkan dalam portal. Bayaran sewa iklan dalam HRD Portal boleh dibuat melalui alamat berikut:
Ketua Eksekutif
Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Bahagian Kewangan,
WISMA PSMB, JALAN BERINGIN
DAMANSARA HEIGHTS
50490, KUALA LUMPUR.
(u.p: Pengurus Besar Bahagian Kewangan)
Bagi mendapatkan butiran yang lebih terperinci mengenai ruang iklan, sila rujuk kepada Panduan Online yang terdapat di www.hrdportal.com.my.
|
10.9 |
|
10.10 |
Untuk mendapatkan maklumat dan juga keterangan yang lebih lanjut, sila hubungi mana-mana pegawai berikut:
(i) Pengurus Besar
Bahagian Teknologi Maklumat dan Multimedia
Tel: 03-20964881
(ii) Pegawai Eksekutif
Bahagian Teknologi Maklumat dan Multimedia
Tel: 03-20964882
(iii) Penolong Eksekutif Kanan
Bahagian Teknologi Maklumat dan Multimedia
Tel: 03-20964811
|