| 9.0 |
PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK MENANDATANGANI BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN TUNTUTAN YANG BERKAITAN OLEH PENYEDIA LATIHAN
|
9.1 |
Hanya Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan Pengurus Pusat Latihan diberi kuasa untuk menandatangi borang-borang tuntutan dan dokumen-dokumen yang berkaitan di bawah skim-skim Perla/SBL Khas dan Perantisan atau lain-lain skim, yang melibatkan penyedia latihan yang membuat tuntutan secara terus kepada PSMB.
|
9.2 |
Penyedia-penyedia latihan dikehendaki untuk mengemukakan senarai nama dan contoh tandatangan Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan Pengurus-pengurus pusat latihan (sila gunakan borang PSMB/TP/SST/06 seperti di Lampiran J). Borang yang telah diisi mestilah dihantar ke alamat berikut:
Ketua Eksekutif
Pembangunan Sumber Manusia Berhad
WISMA PSMB, JALAN BERINGIN
DAMANSARA HEIGHTS
50490, KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Besar, Bahagian Kewangan)
|
9.3 |
Mana-mana penyedia latihan yang gagal memenuhi syarat tersebut akan menyebabkan permohonan mereka ditolak. Borang tuntutan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa akan juga menyebabkan permohonan tuntutan ditolak. Penyedia-penyedia latihan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada PSMB mengenai sebarang perubahan terhadap senarai tandatangan pegawai yang diberi kuasa dengan menggunakan borang sama. |