PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
(Human Resources Development Berhad)
WISMA PSMB, JALAN BERINGIN
DAMANSARA HEIGHTS
50490, KUALA LUMPUR.

Tel : 03- 2096 4800

Fax : 03- 2096 4999


PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL. 2/2006

PROSEDUR BARU MENGENAI PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

7.0
PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DAN PROGRAM LATIHAN SECARA ONLINE OLEH PENYEDIA LATIHAN

Bagi pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan dan program latihan secara online, semua penyedia latihan hendaklah memastikan bahawa mereka mempunyai akses Internet kerana transaksi hanya boleh dibuat melalui laman web PSMB ( www.hrdnet.com.my). Untuk mendapat penjelasan lanjut, semua penyedia latihan dinasihatkan untuk menghubungi Penolong Eksekutif yang bertanggungjawab di talian 03-20984813 atau rogayah@hrdf.com.my.

7.1
Pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Secara Online

7.1.1
Pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan mestilah dibuat secara online dan yuran pemprosesan adalah seperti berikut :

a) RM1,200 untuk Kelas A dan RM100 bagi yuran langganan HRD portal;

b) RM1,000 untuk Kelas B dan RM100 bagi yuran langganan HRD portal; dan

c) RM700 untuk Kelas C dan RM100 bagi yuran langganan HRD portal

7.1.2
PSMB akan menghantar surat peringatan kepada semua penyedia latihan untuk memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan satu (1) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil-sijil pendaftaran mereka tersebut. Surat peringatan kedua akan dihantar kepada mereka sebaik sahaja tarikh tamat tempoh tersebut. Jika penyedia latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tamat tempoh sijil tersebut, mereka dikehendaki membayar denda sebanyak RM600 bagi Kelas A, RM500 bagi Kelas B dan RM350 bagi Kelas C. Selepas 6 bulan daripada tarikh luput Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan, PSMB secara automatik akan membatalkan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan tersebut. Walau bagaimanapun, jika penyedia latihan gagal memperbaharui sijil mereka selepas 6 bulan daripada tarikh tamat sijil, PSMB akan membatalkan sijil mereka tanpa sebarang notis. Mereka boleh membuat rayuan untuk mendaftarkan semula dengan PSMB selepas 1 tahun tarikh tamat Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan.

7.1.3
Bayaran yuran secara online boleh dibuat melalui mana-mana cawangan Public Bank Berhad atas nama Pembangunan Sumber Manusia Berhad melalui akaun No. 3-99906000-3 dengan menggunakan dua (2) salinan slip pembayaran seperti yang dinyatakan di Lampiran F

7.2

Pembaharuan Program Latihan Secara Online

7.2.1

Pembaharuan Program Latihan mesti dibuat secara online. Sebelum urusan pembaharuan dibuat secara online, penyedia latihan perlu memastikan bahawa mereka telah membayar yuran pembaharuan melalui mana-mana cawangan Public Bank Berhad seperti yang dinyatakan di para 7.1.3. Bayaran bagi yuran pembaharuan adalah seperti berikut:

a) RM300 bagi setiap program latihan bertaraf PROLUS dan tempoh sah laku ialah 3 tahun; dan

b) RM300 bagi setiap program latihan di bawah SBL Khas dan tempoh sah laku ialah 2 tahun

 

Setelah pembayaran yuran pemprosesan bagi pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan atau program-program latihan di bawah Skim PROLUS/Skim SBL Khas dibuat, penyedia latihan boleh terus mengisi butiran borang secara online dalam laman web PSMB ( www.hrdnet.com.my). Sila rujuk garis panduan proses online di laman web PSMB.

Kembali ke menu utama