PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
(Human Resources Development Berhad)
WISMA PSMB, JALAN BERINGIN
DAMANSARA HEIGHTS
50490, KUALA LUMPUR.

Tel : 03- 2096 4800

Fax : 03- 2096 4999


PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL. 2/2006

PROSEDUR BARU MENGENAI PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

6.0
PENDAFTARAN PROGRAM LATIHAN BERTARAF PROLUS/E-LEARNING/ PERLA/SBL-KHAS

6.1
Pendaftaran Untuk Program Latihan Yang Diluluskan (PROLUS)

a) Sebaik sahaja Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan di bawah Kategori Kelas A dan B dikeluarkan, penyedia latihan yang berkenaan mesti dalam tempoh satu (1) tahun mengemukakan program-program latihan untuk diluluskan. Penyedia latihan boleh mengemukakan seberapa banyak program latihan mengikut kehendak mereka (termasuk program latihan di bawah skim perantisan).

6.2

Prosedur Permohonan Bagi Program Yang Diluluskan

a) Program-program latihan yang dikemukakan mestilah sekurang-kurangnya telah dilaksanakan dua (2) kali dan disokong dengan borang penilaian sebagai bukti. Ini adalah untuk memastikan bahawa program-program tersebut mempunyai standad yang munasabah dan mempunyai permintaan terhadapnya. Bagi program-program bertaraf sijil, mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali. Walau bagaimanapun syarat ini dikecualikan bagi program-program teknologi komunikasi dan maklumat di peringkat kepakaran/teknologi baru dan program latihan Diploma. Pembelajaran Terbuka atau Jarak Jauh hanya boleh dipertimbangkan di peringkat Diploma sahaja.

b) Sebagai panduan, penyedia-penyedia latihan dikehendaki merujuk senarai semak (Seperti di Lampiran B). Penyedia-penyedia Latihan mesti menghantar Borang PSMB/TP/PRO/2/06 (Sila rujuk Lampiran B1) berserta dengan yuran prosesan RM300 bagi setiap program latihan bersama dengan dokumen-dokumen berikut:-

i) Satu (1) salinan manual latihan yang komprehensif.

ii) Sembilan (9) salinan ringkasan kandungan program latihan (Sila lihat Lampiran B2) yang meliputi :

  • Tajuk Program Latihan
  • Kumpulan sasar
  • Objektif Program Latihan
  • Ringkasan kandungan program latihan
  • Metodologi Latihan
  • Untuk Program Latihan Diploma, penyedia latihan dikehendaki mengklasifikasi yang mana termasuk penerangan tentang modul, yuran latihan, pengajar dan jumlah jam latihan (gunakan format seperti di LampiranB3)

iii) Sembilan (9) salinan biodata pengajar (gunakan format seperti di Lampiran B4). Pengajar-pengajar mesti mempunyai kelulusan akademik yang berkaitan, Sijil “Train-The-Trainer” dan juga mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam pengalaman industri dan juga latihan. Setiap program latihan mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang pengajar. Sekiranya seseorang pengajar ialah warga negara asing, pengajar kedua mestilah seorang pengajar tempatan.

c) Tempoh program latihan di bawah PROLUS mestilah sekurang-kurangnya:-

(i) tujuh (7) jam sehari termasuk waktu rehat di belah pagi dan petang bagi program-program latihan di bawah kategori Sijil Kehadiran;

(ii) sekurang-kurangnya 36 jam bagi program latihan di peringkat Sijil; dan

(iii) sekurang-kurangnya 600 jam bagi program latihan di peringkat Diploma.

d) Hanya satu (1) yuran latihan dibenarkan bagi setiap program latihan.;

e) Semua program latihan akan dinilai oleh Jawatankuasa Program Yang Dilulus yang mana mesyuarat diadakan setiap bulan; dan

f) Tempoh sah laku bagi setiap program latihan yang bertaraf lulus ialah tiga (3) tahun;

6.3

Permohonan Mendaftar Program E-Learning

 

a) Bagi menggalakkan sikap pembelajaran berterusan di kalangan majikan-majikan dan pekerja-pekerja diliputi di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, program ‘e-learning’ telah diperkenalkan pada tahun 2001. Penyedia-penyedia latihan boleh memohon untuk mendaftar program ‘e-learning’ di bawah tiga (3) kategori seperti berikut :-

(i) Program ‘Full e-learning’;
(ii) Program ‘Blended E-Learning; dan
(iii) ‘E-Learning’ melalui langganan

b) Program ‘Full E-Learning’

(i) Penyedia latihan mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 seperti di Lampiran C. Tempoh latihan yang minima bagi program ‘E-Learning’ adalah sekurang-kurangnya 48 jam dan memenuhi struktur berikut :-
  • Pembelajaran sendiri (60%)
  • Pembelajaran interaktif (30%)
  • Pembelajaran bersemuka (10%)

(ii) Penyedia-penyedia latihan yang berkenaan dikehendaki membuat demonstrasi mengenai perlaksanaan program ‘E-Learning’ dalam Mesyuarat Jawatankuasa Program Yang Diluluskan.

c) Program ‘Blended E-Learning’

(i) Program ‘E-Learning’ ini meliputi kombinasi pembelajaran ‘E-Learning’ dalam bilik latihan melalui ‘Local Area Network (LAN)’ dan ‘Full E-Learning’ melalui Wide Area Network (WAN).

(ii) Bagi ‘E-Learning’ dalam bilik latihan, peserta akan dipandu oleh pengajar mengenai cara-cara menggunakan komputer sebagai alat untuk pembelajaran sendiri. Sebagai contoh, jika terdapat 10 modul dalam program ‘E-Learning’ peserta kursus kehendaki menghadiri tiga (3) modul dalam bilik latihan selama tiga (3) hari yang mana mereka akan dipandu oleh pengajar pada hari pertama. Bagi hari ke dua dan ketiga, mereka dikehendaki untuk melaksanakan pembelajaran sendiri berdikari. Selepas menamatkan latihan tiga modul tersebut, mereka dikehendaki meneruskan latihan bagi tujuh (7) modul yang lain secara berdikari sama ada di rumah ataupun di pejabat. Sebaik sahaja menyempurnakan latihan sebanyak 10 modul peserta akan ditauliahkan Sijil Kehadiran atau Sijil Kekompetenan yang mana berkaitan.

(iii) Penyedia latihan mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 seperti di Lampiran C.

d) Program ‘E-Learning’ Melalui Langganan

(i) Penyedia-penyedia latihan juga boleh menawarkan program-program ‘E-Learning’ melalui langganan kepada majikan-majikan yang berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Di bawah pendekatan ini, majikan-majikan akan ditawarkan banyak program latihan dalam pelbagai pekej, tertakluk kepada jumlah program latihan yang diperlukan (contoh 50 atau 100 program) dan jumlah pengguna (contoh 10 atau 50 atau 100) untuk satu jangka masa (contoh 3 atau 6 atau 12 bulan).

(ii) Penyedia latihan mestilah mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 seperti di Lampiran C.

 

6.4

Permohonan Untuk Mendaftar Program Latihan Dan Perlaksanaan Di Bawah Skim PERLA

 

a) Penyedia latihan boleh memohon untuk mengambil bahagian dalam Skim PERLA dengan syarat mereka mesti mempunyai sepuluh (10) atau lebih Program PROLUS. Permohonan untuk mendapatkan status PERLA boleh dibuat dengan mengemukakan borang PSMB/PER/1/06 (RujukLampiranD). Tiada yuran pendaftaran dikenakan bagi permohonan ini. Setelah diberi kelulusan, penyedia latihan yang berkenaan dikehendaki menandatangani perjanjian PERLA dengan PSMB.

b) Sebelum melaksanakan program latihan di bawah Skim PERLA, penyedia latihan yang berkenaan dikehendaki merujuk kepada prosedur seperti berikut :

(i) Memohon rizap levi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum latihan bermula bagi setiap majikan yang mengambil bahagian dengan menggunakan borang semakan levi PSMB/PER/LR/06 (RujukLampiranD1).

(ii) Untuk tujuan tuntutan, penyedia latihan dikehendaki mengemukakan borang PSMB/PER/T2/06 (Sila rujuk Lampiran D2) bersama dengan Senarai Kehadiran dengan menggunakan borang PSMB/PER/2/06 (Rujuk Lampiran D3).

(iii) Penyedia latihan dan majikan perlu memastikan setiap peserta kursus mesti menghadiri sekurang-kurangnya 75% bagi melayakan mereka membuat tuntutan geran latihan.

 

6.5

Pendaftaran Untuk Program Latihan Di Bawah Skim SBL-Khas

 

a) Penyedia Latihan di bawah Kategori Kelas A, B & C berkelayakan untuk menyertai program-program latihan di bawah Skim SBL-Khas. Program latihan yang mana boleh didaftarkan di bawah Skim SBL-Khas adalah seperti berikut :-

(i) Penyedia latihan di bawah Kelas C dibenarkan mendaftar program ‘soft skills’ sahaja;

(ii) Penyedia latihan di bawah Kelas A atau B adalah dibenarkan mendaftar program latihan “soft skills” dan juga “hard skills”;

(iii) Program latihan di bawah Skim SBL-Khas boleh dilaksanakan secara dalaman dan umum; dan

(iv) Program latihan di bawah Skim ini boleh diubah suai mengikut kehendak majikan dengan syarat perubahan yang dibuat tidak melebihi 50% daripada ringkasan program latihan yang telah diluluskan.

b) Bagi Mendaftar program-program latihan di bawah Skim SBL KHAS perlu mematuhi prosedur-prosidur berikut :-

(i) Gunakan senarai semak seperti di Lampiran E untuk mendaftar program latihan.

(ii) Penyedia-penyedia latihan di bawah Kelas A, B dan C adalah layak untuk memohon pendaftaran program-program latihan di bawah ini.

(iii) Penyedia-penyedia latihan mesti mempunyai modal berbayar sebanyak RM50,000.00 dan ke atas (sertakan sesalinan Borang 24-Penyata Modal Berbayar) atau jika tidak salinan asal Surat Jaminan Bank berjumlah RM25,000.00 akan disimpan oleh PSMB.

(iv) Kemukakan satu (1) salinan borang PSMB/SBL-Khas/2/06 yang telah dipenuhi untuk permohonan mendaftarkan program latihan di bawah ini (Rujuk Lampiran E1) beserta dengan :

  • yuran proses sebanyak RM300.00 untuk setiap program latihan (kecuali bagi program-program PROLUS).
  • satu (1) set ringkasan program latihan yang meliputi maklumat mengenai tajuk program latihan, kumpulan sasaran, objektif dan garis panduan program latihan. (Gunakan format seperti di Lampiran E2).
  • satu (1) set biodata pengajar (rujuk format seperti di Lampiran E3). Semua Pengajar mesti mempunyai kelulusan akademik yang berkaitan, Sijil “Train-The-Trainer” dan juga mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman da industri dan latihan. Setiap program latihan mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang pengajar dan salah seorang daripadanya adalah pengajar tetap.

(v) Slip Permohonan untuk mendaftarkan Program Latihan di bawah Skim SBL-Khas mestilah disertakan (rujuk kepada Lampiran E4)

c) Sebaik sahaja Program Latihan di bawah Skim SBL-Khas diluluskan, penyedia latihan berkenaan perlu menandatangani Perjanjian SBL-Khas dengan PSMB. Tempoh sah laku untuk SBL-Khas adalah selama dua (2) tahun;

d) Penyedia latihan di bawah Kelas A boleh memohon untuk menukar program-program PROLUS kepada program-program SBL-Khas tanpa dikenakan sebarang bayaran proses. Tempoh sah laku program SBL Khas ialah dua (2) tahun.

Kembali ke menu utama